Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-4 orang Islam mengerjakan puasa di Bulan Ramadan yang mulia ini. Syukur kepada Allah kerana dengan limpahNya dan kurniaNya, kita masih bernafas dan dapat mengerjakan ibabat yang mulia ini.
Bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah kita manafaatkan sebaik mungkin. 10 hari yang pertama adalah untuk rahmat, 10 hari yang kedua untuk keampunan dan 10 hari terakhir untuk keberkatan. Kita mohon kepada Allah supaya memanjangkan umur kita dan afiatkan tubuh badan kita supaya kita dapat mengerjakan ibadat puasa dengan cemerlang.
Tubuh badan yang letih, tekak yang dahaga , perut yang lapar adalah semacam satu kombinasi yang ada dalam bulan puasa. Setiap umat manusia merasakannya. KIta juga merasakannya. Anda juga merasakannya. Namun semuanya adalah ujian daripada Allah, kita yakin bahawa kesusahan yang kita semua rasai ini akan dibalas oleh Allah SWT dan kita yakin bahawa dengan keikhlasan yang kita berikan, Allah akan membalas dengan nikmat yang banyak diakhirat kelak.
Nikmat? Ya, nikmat yang Allah berikan kepada kita jangan kita lupakan. Sesungguhnya Allah akan sentiasa melimpahkan kepada kita. Cuma kita sebagai manusia yang lemah ini sentiasa melupakannya. Ya Allah, ampunilah aku diatas kekuranganku ini.
Kita lupa bahawa Allah akan sentiasa menolong kita, Kita tahu bahawa Allah akan sentiasa berada disisi orang yang beriman... dan kita yakin bahawa Allah akan terus berterusan menolong kita. Syaratnya kenalah kita sentiasa berdoa dan berharap padanya.
Allah berfirman, " Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar... ( Al - Baqarah : 153 )
Kita kenalah banyak berdoa, dan doakanlah dengan penuh kesabaran. Kadangkala , permohonan kita akan terus dimakbulkan dan kadangkala, permohonan kita tidak dimakbulkan segera, yang jelas, semuanya akan dimakbulkan, dan kita kenalah yakin dengan Allah kerana sesungguhnya Allah maha Mendengar.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 40, " Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah(debu)..."
Allah tidak akan menganiayai kita, yakinlah. Allah mencipta dan Dia jadikan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, kesengsaraan, kesakitan yang kita alami bukan kerana Allah hendak menganiaya kita, ianya satu proses untuk menguji kita, dan jika ujian ini kita lulus maka Insyallah , Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada kta.
Dan ingatlah bila Allah berfirman
" Tiadalah sesuatu kesusahan yang ditimpakan dibumi, dan tiada pula yang menimpa dirimu, melainkan telah sedia ada dalam kitab( pengetahuan Kami) sebelum Kami jadikannya; sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Kita katakan demikian) supaya kamu tidak bersedih hati atas apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira(menyombong dan berbangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu ..."
( Al- Hadid : 22 dan 23 )
Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan amal ibadat kita di bulan ini dan banyakkan berdoa kepadaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment