Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim, Rasulullah bersabda
" Ketenangan ( As-sakiinah ) adalah sesuatu keuntungan manakala meninggalkannya adalah satu kerugian (kecelakaan) "
Allah SWT tidak sesekali mengutuskan kita kedunia ini untuk bergelumang dengan perasaan putus asa , meratapi kehidupan dengan perasaan kecewa, resah dan bimbang. Pastinya Allah menurunkan kita dan mahu melihat kita mengecapi rahmat dan nikmatNya dalam bentuk ketenangan, kebahagiaan dan kepuasan hidup sebaik mungkin.
Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya
" Kebaikan itu adalah sesuatu yang dapat menenangkan segala hati ( tanpa rasa takut, ragu-ragu atau bersalah) "
[Al Hakim]
Al Quran dan Hadis merupakan segala penawar untuk kita untuk menyelesaikan segala bentuk permasalahan , kecelaruan, kesengsaraan seterusnya menuju kehidupan yang positif. Kedua-duanya merupakan gedung yang mengandungi falsafah kehidupan untuk diikuti dan diamalkan oleh seluruh umat Islam dalam usaha mencorak kehidupan yang tenang, yakin dan bahagia .
Kebanyakkan dari kita mengakui dan secara tak sedar atau sedar percaya bahawa kebendaan merupakan elemen penting untuk kesejahteraan. Kita mempercayai bahawa wang dan harta yang banyak merupakan medium kearah ketenangan sejati. Kita berkerja, berkerja dan berkerja semata-mata untuk meraih sebanyak mungkin wang, malahan setengahnya, kehidupan mereka hanya dari rumah kepejabat dan dari pejabat kerumah. Fenomena ini terus dan terus berlaku kerana sesungguhnya kita menyakini bahawa wang adalah segalanya.
Saya ingin mengarap satu fenomena dimana seorang bapa hanya melihat rumput dikawasan rumahnya hanya pada hari minggu sahaja dek kesibukkannya. Beliau keluar seawal jam 6 pagi dan kembali kerumah seawal jam 9 malam. Rumah dijadikan sebagai tempat untuk tidur sahaja. Anak-anak tidak diperdulikan, isteri hanya diperlukan disaat "diperlukan" sahaja. Hari minggu dijadikan hari untuk tidur sepanjang hari. Itulah dunia beliau. Apakah ada elemen ketenangan disini?
Allah berfirman, mafhumnya " Wahai umat manusia, Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi PENAWAR bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membaawa rahmat bagi orang yang beriman " Surah Yunus : 57
Ada yang miskin tetapi jiwanya tenang dan ada yang kaya, jiwanya berserabut. Ada yang mengalami musibah dari Allah, jiwanya tenang dan ada yang mengalami musibah dari Allah, jiwanya berserabut.
Ketenangan adalah segalanya. As - Sakiinah ini rebutan dunia. Sekarang, ramai yang sanggup berhabisan untuk mencari ketenangan. Sesetengah darinya mencari melalui jalan yang haram seperti kelab malam, dadah, Sex dan seumpamanya dan ada setengahnya melalui jalan ibadah seperti ke masjid , membaca Al Quran, mendengar tazkirah. Namun sesungguhnya hanya melaui jalan Allah sahaja ketenangan sejati akan timbul dan memandu kerah yang sebenar-benarnya.
Sama-samalah kita mendokong Islam sebagai satu cara hidup dan mendapat keredhaan di dunia mahu pun di akhirat.
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment