Sumber : http://www.malaysiakini.com
Tuesday, August 25, 2009
Puasa dan Kekuatannya
Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke-4 orang Islam mengerjakan puasa di Bulan Ramadan yang mulia ini. Syukur kepada Allah kerana dengan limpahNya dan kurniaNya, kita masih bernafas dan dapat mengerjakan ibabat yang mulia ini.
Bulan Ramadan yang mulia ini hendaklah kita manafaatkan sebaik mungkin. 10 hari yang pertama adalah untuk rahmat, 10 hari yang kedua untuk keampunan dan 10 hari terakhir untuk keberkatan. Kita mohon kepada Allah supaya memanjangkan umur kita dan afiatkan tubuh badan kita supaya kita dapat mengerjakan ibadat puasa dengan cemerlang.
Tubuh badan yang letih, tekak yang dahaga , perut yang lapar adalah semacam satu kombinasi yang ada dalam bulan puasa. Setiap umat manusia merasakannya. KIta juga merasakannya. Anda juga merasakannya. Namun semuanya adalah ujian daripada Allah, kita yakin bahawa kesusahan yang kita semua rasai ini akan dibalas oleh Allah SWT dan kita yakin bahawa dengan keikhlasan yang kita berikan, Allah akan membalas dengan nikmat yang banyak diakhirat kelak.
Nikmat? Ya, nikmat yang Allah berikan kepada kita jangan kita lupakan. Sesungguhnya Allah akan sentiasa melimpahkan kepada kita. Cuma kita sebagai manusia yang lemah ini sentiasa melupakannya. Ya Allah, ampunilah aku diatas kekuranganku ini.
Kita lupa bahawa Allah akan sentiasa menolong kita, Kita tahu bahawa Allah akan sentiasa berada disisi orang yang beriman... dan kita yakin bahawa Allah akan terus berterusan menolong kita. Syaratnya kenalah kita sentiasa berdoa dan berharap padanya.
Allah berfirman, " Wahai orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar... ( Al - Baqarah : 153 )
Kita kenalah banyak berdoa, dan doakanlah dengan penuh kesabaran. Kadangkala , permohonan kita akan terus dimakbulkan dan kadangkala, permohonan kita tidak dimakbulkan segera, yang jelas, semuanya akan dimakbulkan, dan kita kenalah yakin dengan Allah kerana sesungguhnya Allah maha Mendengar.
Allah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 40, " Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah(debu)..."
Allah tidak akan menganiayai kita, yakinlah. Allah mencipta dan Dia jadikan kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, kesengsaraan, kesakitan yang kita alami bukan kerana Allah hendak menganiaya kita, ianya satu proses untuk menguji kita, dan jika ujian ini kita lulus maka Insyallah , Allah akan memberi ganjaran yang besar kepada kta.
Dan ingatlah bila Allah berfirman
" Tiadalah sesuatu kesusahan yang ditimpakan dibumi, dan tiada pula yang menimpa dirimu, melainkan telah sedia ada dalam kitab( pengetahuan Kami) sebelum Kami jadikannya; sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Kita katakan demikian) supaya kamu tidak bersedih hati atas apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira(menyombong dan berbangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu ..."
( Al- Hadid : 22 dan 23 )
Oleh itu, sama-samalah kita perbanyakkan amal ibadat kita di bulan ini dan banyakkan berdoa kepadaNya.

Friday, August 21, 2009
RAMADAN AL MUBARAK
Alhamdulillah, esok akan datang lagi Penghulu segala bulan iaitu Bulan Ramadan. Sama-sama kita kuatkan semangat seterusnya menjalani ibadat puasa di bulan yang berkat ini. Selamat Menyambut Bulan Ramadan.
PS:/ Esok pagi kat Kelantan ada sembahyang hajat, pukul 4.00 pg bersama TGNA Menteri Besar Kelantan. Insyallah, jika kesihatan mengizinkan, saya akan kesana.. kena bersahur kat sana

Wednesday, August 19, 2009
Ketenangan
Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim, Rasulullah bersabda
" Ketenangan ( As-sakiinah ) adalah sesuatu keuntungan manakala meninggalkannya adalah satu kerugian (kecelakaan) "
Allah SWT tidak sesekali mengutuskan kita kedunia ini untuk bergelumang dengan perasaan putus asa , meratapi kehidupan dengan perasaan kecewa, resah dan bimbang. Pastinya Allah menurunkan kita dan mahu melihat kita mengecapi rahmat dan nikmatNya dalam bentuk ketenangan, kebahagiaan dan kepuasan hidup sebaik mungkin.
Rasulullah bersabda lagi, mafhumnya
" Kebaikan itu adalah sesuatu yang dapat menenangkan segala hati ( tanpa rasa takut, ragu-ragu atau bersalah) "
[Al Hakim]
Al Quran dan Hadis merupakan segala penawar untuk kita untuk menyelesaikan segala bentuk permasalahan , kecelaruan, kesengsaraan seterusnya menuju kehidupan yang positif. Kedua-duanya merupakan gedung yang mengandungi falsafah kehidupan untuk diikuti dan diamalkan oleh seluruh umat Islam dalam usaha mencorak kehidupan yang tenang, yakin dan bahagia .
Kebanyakkan dari kita mengakui dan secara tak sedar atau sedar percaya bahawa kebendaan merupakan elemen penting untuk kesejahteraan. Kita mempercayai bahawa wang dan harta yang banyak merupakan medium kearah ketenangan sejati. Kita berkerja, berkerja dan berkerja semata-mata untuk meraih sebanyak mungkin wang, malahan setengahnya, kehidupan mereka hanya dari rumah kepejabat dan dari pejabat kerumah. Fenomena ini terus dan terus berlaku kerana sesungguhnya kita menyakini bahawa wang adalah segalanya.
Saya ingin mengarap satu fenomena dimana seorang bapa hanya melihat rumput dikawasan rumahnya hanya pada hari minggu sahaja dek kesibukkannya. Beliau keluar seawal jam 6 pagi dan kembali kerumah seawal jam 9 malam. Rumah dijadikan sebagai tempat untuk tidur sahaja. Anak-anak tidak diperdulikan, isteri hanya diperlukan disaat "diperlukan" sahaja. Hari minggu dijadikan hari untuk tidur sepanjang hari. Itulah dunia beliau. Apakah ada elemen ketenangan disini?
Allah berfirman, mafhumnya " Wahai umat manusia, Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi PENAWAR bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dadamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membaawa rahmat bagi orang yang beriman " Surah Yunus : 57
Ada yang miskin tetapi jiwanya tenang dan ada yang kaya, jiwanya berserabut. Ada yang mengalami musibah dari Allah, jiwanya tenang dan ada yang mengalami musibah dari Allah, jiwanya berserabut.
Ketenangan adalah segalanya. As - Sakiinah ini rebutan dunia. Sekarang, ramai yang sanggup berhabisan untuk mencari ketenangan. Sesetengah darinya mencari melalui jalan yang haram seperti kelab malam, dadah, Sex dan seumpamanya dan ada setengahnya melalui jalan ibadah seperti ke masjid , membaca Al Quran, mendengar tazkirah. Namun sesungguhnya hanya melaui jalan Allah sahaja ketenangan sejati akan timbul dan memandu kerah yang sebenar-benarnya.
Sama-samalah kita mendokong Islam sebagai satu cara hidup dan mendapat keredhaan di dunia mahu pun di akhirat.

Tuesday, August 18, 2009
Jangan Berputus Asa dari Rahmat Allah
Allah Berfirman " Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan orang-orang kafir." Surah Yusuf :87
Berputus asa...satu istilah yang dominan dalam masyarakat kita. Malahan Allah berfirman dalam surah Yusuf dan menyebut secara khusus istilah berputus asa. Ini menunjukkan manusia memang selalu rasa ingin berputus asa dalam menjalani kehidupan seharian.
Pelbagai masalah yang kita hadapi setiap hari, pelbagai kerenah yang kita hadapi dalam kehidupan. Kehidupan yang Allah kurniakan kepada kita disertakan bersama instrumen-instrumen ini . Kadangkala masalah serta kesusahan kesempitan ini mengecewakan kita dan ada kalanya fenomena ini menyebabkan kita termenung sendirian mencari erti semua ini. Kekecewaan, kesedihan, keperitan yang kita tanggung sekaligus mencetus satu istilah dalam diri kita yang dipanggil putus asa.
Apakah kita harus berputus asa dari rahmat Allah? Kadangkala kita sakit berpanjangan, sering memohon doa kehadratNya supaya menyembuhkan kita. Adakalanya kita menghadapi musibah lainnya, kita terus mengangkat tangan memohon keampunan dariNya. Kita memohon dan memohon kepada Allah. Kadangkala kita merasakan Allah tidak memakbulkan doa kita walaupun sebenarnya Allah memakbulkan doa setiap umatnya. Kita rasa berputus asa.
Allah berfirman dalam surah Al-Isra' :83 , " Dan apabila ia ditimpa kesusahan nescaya ia berputus asa " . Ini menunjukkan manusia terlalu mudah berputus asa. Kadangkala disebabkan perkara remeh yang kita lakukan dan tidak berjaya , kita terus berputus asa. Kita andaikan dunia telah tamat sebelah sana dan kita bersendirian disebelah sini sambil duduk termenung mengenangkan nasib. Apakah ini yang terbaik untuk kita? Islam tidak mengajar kita begitu. Islam mengajar kepada kita supaya beriman dengan Allah dan bertawakkal kepadaNya. Kita kembali kepada pencipta kita kerana sesungguhnya Allah yang menjadikan kita. Kita berserah hanya kepadaNya.
Allah berfirman dalam surah At Talaq: 3 , " Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya ."

Subscribe to:
Comments (Atom)